Ahad, 16 Januari 2011

ORIENTASI FORM ONE

Pada tarikh 4, 5 dan 6 hb. Januari yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tanjong Mas telah mengadakan Minggu Haluan Pelajar bagi tingkatan satu seramai 250 orang. Program ini dilanjutkan ke minggu berikutnya iaitu 9 dan 10 Januari 2011.

Tujuan program ini diadakan bagi memantapkan persiapan minda pelajar tingkatan satu bagi menghadapi sesi persekolahan di tempat baru dalam suasana pembelajaran yang baru. Supaya mereka tidak mengalami kejutan budaya, beberapa taklimat disediakan sepanjang sesi haluan pelajar ini. Program ini dibantu oleh beberapa pelajar bekas tingkatan lima yang dipimpin oleh Hafiz Nawi. 














Tiada ulasan: