Selasa, 7 Jun 2011

KURSUS MENJANA MINDA SKOR A

KURSUS MENJANA MINDA SKOR A diadakan pada 30 dan 31 Mei 2011 di SMK Tanjong Mas Kota Bharu. Kursus ini di hadiri oleh pelajar tingkatan dua dan sebahagian Pembimbing Rakan Sebaya melibatkan 37 orang pelajar. 3 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) menjadi fasilitator dengan dibantu oleh Abang Farid Nasrique  dan 4 guru pelatih. Beberapa orang guru juga turut terlibat iaitu Abi, Mama Nik Haslina dan Mama  Nik Rohaida. Kursus ini mengambil masa selama 2 hari bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.







Kursus diadakan bertujuan untuk merangsang peserta kursus agar sentiasa elert atau peka terhadap pencapaian akademik, kerohanian dan personaliti yang baik. Oleh itu modul yang dilaksanakan melibatan ceramah motivasi, kemahiran belajar, kerjasama kumpulan, kemahiran bercakap dan keyakinan diri.







Tiada ulasan: