Khamis, 23 Jun 2011

LAWATAN MUHIBBAH SMK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR , TERENGGANU

Tanggal 22 Jun 2011, satu lawatan muhibbah SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu ke SMK Tanjong Mas terdiri 34 orang pengawas sekolah dan 6 orang guru pengiring yang diketuai oleh Guru Kanan Bahasa Puan Rahimah. Lawatan bermula jam 11.30 pagi dan para pelawat disambut dengan bunga manggar dan cenderahati sebagai alu-aluan ke SMK Tanjong Mas. Semua pengawas sekolah terlibat dalam sambutan ini.





Rombongan di bawa ke bilik gerakan untuk taklimat oleh Tuan PKP Encik Nik Rahimy dan Encik Ali Awang sebagai penasihat pengawas. Rombongan dialukan dengan "welcome drink" dan serusn di acarakan oleh Timbalan Ketua Pengawas 3 , Halimah. Ucapan dimulakan oleh PKP, wakil pelawat, Ketua Pengawas kedua sekolah dan seterusnya di bawa melawat Kelas Rancangan Khas dan Kelas Pendidikan Khas.







Selepas itu rombongan KOMSTAR di raikan dengan jamuan tengahari di Dewan Ibnu Khaldun sambil dihiburkan dengan nashid daripada Kumpulan Pelajar Pendidikan Khas dan silat lincah oleh pengawas sekolah.




Lebih kurang jam 1.30 petang rombongan dari KOMSTAR bertolak pulang. Bye. Terima kasih KOMSTAR. Welcome again.

Tiada ulasan: