Khamis, 12 Julai 2012

KEM TUNAS GEMILANG 8A PMR 2012

Bukit Belah, Machang , Kelantan:
10, 11 dan 12 Julai 2012.


Seramai 71 orang pelajar SMK Tanjong Mas berkampong dalan satu program khas kecemerlangan , Kem Tunas Gemilang 8A PMR 2012 dan 2013. Sasaran terdiri pelajar terpilih 3 Bestari dan 2 Bestari termasuk beberapa orang pelajar 3 Amanah.




 


 




Kem Kecemerlangan ini mendapat kerjasama daripada pensyarah-pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) , Pengkalan Chepa, Kelantan seramai enam orang diketuai oleh Brother Zulkanain dan Brother Mokhtar sebagai Kemander Kem. Terima kasih kepada Profesor Madya Dr Abdullah Sudin sebagai CEO KTD kerana memberi kerjasama membantu SMK Tanjong Mas menjayakan kem ini. Antara program yang dijalankan ialah ceramah akademik, diskusi, team building, kerohanian dalam membina jatidiri pelajar.


   




 


 





Selain daripada akademik cemerlang, kem ini mendedahkan pelajar kepada kemahiran 'soft skills' seperti kemahiran berfikir, kesabaran, ketrampilan sahsiah, keTuhanan, Qiamulail, agar mereka memperolehi jatidiri yang menjadikan kereka perkasa, berdaya tahan,  berakautibiliti dan penuh beramanah dalam memikul tanggujawab sebagai  hamba Allah, sebagai anak dan sebagai pelajar. 














Proram ini dilaksanakan di Institut Pengrusan Peladang, Machang, Kelantan. Penyelaras kursus ialah Guru kanan Bahasa iaitu Encik Zainuddin Yusof dan setiausahanya ialah Puan Norhayati.
















Tiada ulasan: