Rabu, 29 Februari 2012

SEMINAR KEPIMPINAN PELAJAR BERSAMA GPMS

Seminar Kepimpinan Pelajar bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Kelantan diadakan di SMK Tanjong Mas pada hari Isnin 27 hb. Februari 2012 . Seminar ini dijalankan pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh 100 orang pelajar terdiri pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan ketua kelab dan persatuan.



 Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memantapkan ilmu kepimpinan kepada barisan pemimpin pelajar agar mereka lebih mantap peribadi dan lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan guru.

Seramai 8 orang fasilitator dari GPMS datang melatih pelajar untuk mahir dalam ilmu kepimpinan agar dapat diterapkan dalam kepimpinan sekolah.


Kursus ini mengambil masa selama 2 jam.





Tiada ulasan: