Rabu, 21 Mac 2012

KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2012

Pada 15 hingga 17 hb. Mac 2012 iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu diadakan satu kursus untuk tiga kelompok pemimpin pelajar SMK Tanjong Mas iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya. Penglibatan seramai 120 orang pelajar amat memberangsangkan apalagi dilatih oleh 30 fasilitator daripada UITM Kota Bharu yang dipimpin oleh Puan Cik Manisah, Kaunselor UITM. Cukup menarik perhatian pelajar sehingga dipohon agar aktiviti sebegini dapat diulangai untuk masa-masa akan datang.

Syukur pada Tuhan kerena diizinkan program ini berjalan lancar, dengan batuan guru-guru yang hebat di ungguli oleh Puan Nik Rohaida Nik Harun (kaunselor), Puan Nik Haslina Abd Kadir (kaunselor), Puan Padilah (Pusat Sumber Sekolah) dan Puan Nurulhuda Abdullah ( Penasihat Pengawas) bersama guru-guru lain yang amat prihatin. Apalagi kekuatan Kem Komandernya Encik Mohd Yusof abdullah dan Puan Aidah Salleh yang sentiasa memastikan program berjalan selancar yang mungkin.

Program ini dirasmi penutupnya oleh PKHEM Encik Mohd Faudzi Bin Che Abbas dan Puan Che Manisah selaku wakil rektor UITM. Antara aktiviti yang dijalankan boleh dilihat melalui paparan ini.











Tiada ulasan: