Sabtu, 25 Disember 2010

SMK TANJONG MAS BERTUAH MEMILIKI ANDA

Kota Bharu. 
Pada 23 Disember 2010 merupakan hari paling membahagiakan 6 orang pelajar SMK Tanjong Mas kerena telah berjaya cemerlang menggapai 8A dalam PMR. Mereka telah menjulang nama SMK Tanjong Mas yang sekian lama ketandusan kejayaan sebegini. Mereka patut dihargai. Antara mereka 6 pelajar tersebut ialah saudari Rosmizal Mokhtar, Aisha Najwa Binti Mazlan, Farah Nini binti Adnan, Syarifah Syafiqah Bt. Tuan Ab. Rahim, Siti Halimah Bt Osman dan Nurul Asyiqeen Syazwani Bt. Ab. Hadi. 





Ramai lagi pelajar yang mendapat 7A, 6A dan 5A yang membanggakan sekolah. Tahniah diucapkan kepada Setiausaha PMR Pn.Azizah Bt. Che Hassan yang banyak bertungkus lumus merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang membantu kejayaan pelajar. Penyelaras UKA 3 Pn. Hjh.Wan Raiha Bt.Wan Abdullah (GKSS) juga memang patut diberi kredit atas kejayaan ini. Tahniah untuk semua guru-guru tingkatan tiga yang bekerja sebagai satu pasukan merealisasikan kejayaan SMK Tanjong Mas 2010. Anda membanggakan pelajar-pelajar.


Tiada ulasan: