Jumaat, 24 Disember 2010

TAHNIAH, 6 ORANG PELAJAR SMK TANJONG MAS DAPAT 8A


Bukan mustahil untuk mendapat kecemerlangan di SMK Tanjong Mas. Buktinya sudah ada. SMK Tanjong Mas bisa berubah menjadi sekolah yang gemilang dan ceria. Tahniah kepada pelajar yang mendapat 8A tersebut. InsyaAllah kita akan beri nama sedikit masa lagi. Yang penting pelajar lain harus meneruskan kejayaan ini dengan lebih hebat lagi.

Guru-guru yang bertungkus lumus mengajar, mendidik, memotivasi dan seterusnya tidak penat-penat berkhutbah, menasihati pelajar, susah payah anda berbaloi, keikhlasan anda dimakbulkan Tuhan. Kepenatan anda berbalas. Dalam menjana kejayaan memang ada keperitan dan rasa kecewa namun hakikatnya anda melakukan yang terbaik untuk anak-anak anda. Rasailah kegembiraan setelah kepenatan. Dalam surah al-ansyirah Tuhan mengatakan maknanya bahawa " Selepas kesukaran, kepenatan ada kegembiraan, kesenangan". Kesungguhannya dapat dirasai dengan Tuhan mengulangi sebanyak dua kali, berturut-turut. Tahniah.











Tahun lepas kita juga digegarkan dengan rakan kita seramai 4 orang mendapat 8A. Antara mereka ialah,

Mohd Aizad Bin Ibrahim 8A (2009)
 Mohd Irfan Bin Ariffin 8A (2009)
 Aishah Nabihab Bt Zulkepli, 8A (2009)
Siti Najwa Bt Mohd Abdul Hadi, 8A (2009)

SIAPA TAHUN 2011 ?

Tiada ulasan: