Sesuatu yang mudah untuk seseorang menjadikan dirinya ceria dengan senyum setiap pagi. Senyum boleh membangkitkan rasa aman, rasa seronok, ceria dan rasa sihat. Inilah kelebihan yang tuhan bagi. Semasa senyum kita lupa sekejap kesusahan, sakit hati, dendam kesumat dan sebaginya. Kita nampak sesuatu yang positif tenang dan mesra. Senyum bukan saja semasa kita bersama manusia lain namun semasa berkesorangan juga ia membangkit rasa bahagia. Nikmat senyum membangkit keceriaan diri dan juga keceriaan orang lain. Sesiapa yang kita berikan senyuman akan membalas dengan spontan senyuman mereka. Rasa persahabatan merungkai perselisihan yang lama. Ia memulakan persahabatan baru.
Tidak sukar untuk senyum. Ia hanya melibatakan beberapa urat pipi. Namun kesan sangat menakjubkan. Oleh itu kenapa kita tidak senyum sebagai amal jariah kita yang boleh membahagiakan orang lain juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan