Ahad, 30 Oktober 2011

PECUTAN SPM

PECUTAN SPM

SPM semakin menghapiri anda calon SPM 2011. Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda adalah intan terpilih. SPM merupakan satu kaedah penapisan sebagaimana kita menapis santan dari hampasnya. Yang bermutu sahaja yang dikehendaki. Begitulah dengan kita, proses menapis dan memilih mana yang terbaik untuk diangkat ke IPTA atau IPTS. Jadi persediaan yang cukup akan meyakinkan anda untuk memastikan anda santan yang bermutu itu. Ibarat barang yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Izinkan saya membantu anda agar anda salah satu intan terpilih;

1. Berdasarkan TOV lihat markah ujian percubaan anda sebagai alat membantu anda mencari markah tambahan untuk mendapat target SPM anda.

 2. Jadualkan masa tambahan untuk melakukan pecutan agar anda belajar secara sistematik. 

3. Kenalpasti masa terbuang anda untuk anda cipta masa studi anda yang baru. masa terbuang termasuk perkara yang anda lakukan tetapi tidak terlalu penting atau terdesak. Contoh masa menonton TV, masa mengguna telefon, masa lepak dengan rakan, guna internet, games dan sebagainya.

 4. Paparkan target anda di didinding dan lihat sekerap mungkin sebagai pembakar semangat.

 5. Ingat jika nada panik, tertekan, risau itu isyarat bahawa anda perlu membuat pecutan dengan menambah masa studi, guna tenaga tambahan dan kewangan bagi membeli bahan tambahan. 

6. Sedikit demi sedikit anda membuat latihtubi lebih berkesan membantu anda mengurangkan stress daripada anda tidak studi langsung. Ingat satu markah membantu anda meningkatkan gred subjet anda. 

7. Spare satu rim kertas A4 sebagai alat conteng semasa anda melatihtubi bagi mengukur kemahiran diri dan ingatan anda. 

8. Yakinlah TUHAN bersama anda . Cuma anda perlu mendekatiNYA melalui solat wajib, solat sunat dan berdoa. 

9. Ingat TUHAN amat suka jika anda lakukan sedikit tetapi istiqamah daripada banyak tetapi tidak berterusan. 

10. Kekuatan semangat akan timbul dalam diri jika anda mengamal solat, zikir dan doa. TUHAN melihat usaha anda bukan pencapaian anda. 

11. Minta mapun dari TUHAN, ibubapa, guru dan rakan kerana ditakuti dosa menghalang anda mengingat, memahami, dan berjaya cemerlang. 

12. Analisa perkara-perkara yang mungkin menghalang kejayaan anda sepeti maksiat semasa dan dosa dengan ibubapa. 

13. Jumpa kaunselor anda jika anda menemui jalan buntu dalam menggarap kecemerlangan. KAUNSeLOR anda tidak akan mengecewakan anda. 

PASTIKAN DAN MEMBURU DENGAN PENUH KEAZAMAN DAN KEKUATAN DENGAN PERALATAN DAN KOMITMEN YANG MENCUKUPI SEBELUM ANDA MASUK GELAGANG. 

SPM satu alat untuk mencapai destinasi selanjutnya. Apa yang anda ingin akan menjadi milik anda. Semoga anda antara terbaik pernah dihasilkan oleh sekolah kita, kampung kita, keluarga kita. Pilhan di tangan anda !!!!

Tiada ulasan: