Rabu, 2 November 2011

PROGRAM MAJUDIRI FORM 1 & 2


PROGRAM MAJUDIRI FORM 1 & 2
Tanjong Mas 29 September 2011

Pada hari ini diadakan solat hajat untuk pelajar tingkatan tiga di Masjid Taman Uda Murni. Semua pelajar tingkatan tiga dan guru yang mengajar terlibat dalam majlis ini. Bagi mengisi kekosongan pelajar tingkatan satu dan dua dilibatkan dengan program majudiri khas di mana sebelah pagi diisi oleh Cr. Ali Awang sebagai motivator tingkatan dua. Maklumat bergambarnya di sini.


Selepas rehat satu rombongan daripada Kolej PTPL datang membantu dengan ceramah pengurusan diri untuk pelajar tingkatan satu dari jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Pihak sekolah merakam ucapan berbanyak terima kasih atas inisiatif  pihak Kolej PTPL membantu SMK Tanjong Mas.






Menafaat yang diperolehi pelajar antarnya;
1. bagaimana menjadi pelajar yang baik dan beretika
2. bagaimana berpakaian kemas dan smart
3. bagaimana menjaga hati rakan dan sahabat
4. bagaimana menjadi pelajar hebat dalam akademik
5. bagaimana kita membina masa depan yang gemilang.





Selamat berkursus.

Tiada ulasan: