Sebagai sebuah sekolah menengah harian yang pelajarnya terdiri pelajar-pelajar sekolah yang disalurkan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan amat membanggakan jika setiap tahun menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademiknya. Pada tahun ini SMK Tanjong Mas sekali lagi menuai kejayaan PMR dengan begitu bergaya. Sembilan orang pelajar telah mengapai 8A keseluruhan A dalam mata pelajaran yang diambil mereka. Pelajar tersebut ialah Muhammad Arman Faiz Bin Khalid, Farah Afiqah Binti Mohd Zukry, Fatiehanim Aidiela Binti Mohamed Nazir, Mawwadah Binti Ahmad Nabil, Nur raidah Binti Mohd Rejuhan, Nur Shafika Arisha Binti Mohd Anuar , Nur Shifatil Ulya Binti Sidek Omar, Nurshamimi Suhada Binti Yusairi dan Wan Nor Adriana Binti Wan Kamaruzaman.
Manakala pelajar yang mendapat "straight" 7A dan 1B pula terdiri daripada Mohamad Ikhram Bin Sulaiman, Ahmad Nuzul Hamdi Bin Ashaari, Muhamad khairul Nizam Bin Mohd Azhar, Muhamad Afiq Bin Suhaimi, Muhamad Aizat Bin Ab Aziz, Raja Hasbunallah Bin Raja Hussin, Wan Muhamad Firdaus Bin Wan Muhamad sabri, Nur Ainaa Aisyah Binti Abdullah Shukri, Nur Farah Syafiqah Binti Zulkarnain, Nur Syamimi Binti Mohd Rozali, Nurul Syahira Binti Shahidan , Sharifah Normahani Mahadzhir Binti Syed Mahadzir dan Siti Suraya Aisyah Binti Mansor iaitu seramai 17 orang.
Jika dapat dibaiki matapelajaran yang menyebabkan pelajar gagal mendapat skor semua A mungkin menjadikan keputusan PMR tahun ini lebih membanggakan. Namun begitu pelajar-pelajar ini telah menaikan nama bukan saja keluarga mereka , namu menaikan nama sekolah mereka sendiri SMK Tanjong Mas. Semoga masyarakat dapat celik mata melihat perkembangan ini dan tidak hanya melihat keburukan sekolah sahaja. Selamat Majujaya.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan