Tahniah Kepada Pelajar PMR 2011
Pagi tadi telah diumumkan keputusan PMR bagi tahun 2011 yang mana memang ini merupakan salah satu daripada peperiksaan awam yang terbesar juga di Malaysia ini selain SPM.
Aku baru je sempat tengok Buletin Utama tadi di TV3 yang mana menunjukkan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh negeri-negeri yang mendapat keputusan cemerlang terbanyak khasnya dan juga di ‘highlight’ kan di situ yang mana anak-anak golongan berpendapatan rendah mampu mendidik anaknya untuk mendapat keputusan yang cemerlang juga.
Esok rasanya kat office aku akan kecoh la dengan memacam analisis akan dibuat untuk menilai sama ada terdapat peningkatan terhadap pelbagai ujikaji yang dibuat untuk meningkatkan pencapaian akademik di negeri aku ni….tak kisah la..bukan keje aku nak buat semua tu..heehe..
Cuma aku sebagai orang yang dah melalui semua tu, aku nak pesan kepada adik-adik yang baru nak naik ni dengan pesanan seperti berikut…tak kira la korang dapat 8A ke, 9A ke atau yang dapat 2 atau 3 A sahaja tak seperti yang diharapkan..cuba korang baca satu per satu….
1.Jadikan PMR ini sebagai satu ujian pertama korang sebelum korang memasuki SPM nanti. Sesungguhnya SPM merupakan penentu korang akan berada dimana selepas ini. Jangan ingat korang berjaya PMR, korang mampu menjawat jawatan yang tinggi yang diidamkan tu..belum lagi tau…
Kepada yang gagal tu plak, jangan anggap diri korang tu tak pandai atau tak pandai belajar macam kawan-kawan korang yang lain tu. Sebenarnya Tuhan nak uji je tu..mungkin rezeki korang akan ada menanti korang suatu hari nanti.Jangan cepat mengalah…sebab orang yang berusaha, pasti akan dapat.
2.Selesai je PMR, jangan korang tanamkan mindset korang tu iaitu Tingkatan 4 merupakan tahun ‘honeymoon’ korang. Korang kena ingat, SPM tu lebih besar maknanya bagi korang apabila korang nanti nak melanjutkan pelajaran dan mintak kerja.
3.Korang kenang balik apa yang mak bapak korang dah buat untuk korang supaya korang dapat sekolah, duit belanja sekolah, tak tidur malam mak bapak korang besarkan korang tengah-tengah malam..cuba ingat, berapa kali korang rasa malas nak pegi sekolah dan ada yang bangga dapat ponteng sekolah…Cuba kalau korang besarkan anak sampai tak cukup tidur, ikat perut nak sekolahkan korang, tapi korang bangga hisap rokok, ponteng sekolah….gembirakan hati mak bapak korang dulu sebelum gembirakan hati diri sendiri….
4.Dah dapat result, walau apa pun keputusannya. Jangan lupa untuk memohon syukur kepadaNya kerana korang masih diberi ilmu yang bermanfaat untuk korang amalkan sampai akhir hayat. Sekarang ni tetapkan matlamat korang selepas sekolah nanti..apa yang korang impikan dalam hidup.cuba list kan dan korang cuba imagine macam mana korang nak capai semua tu….secara tak langsung, korang akan dapat satu target dalam hidup korang.
5.Akhir sekali, kalau korang dapat reward dari sesape skali pun, jangan la lupakan kawan-kawan yang tak bernasib baik macam korang..Jangan nak bangga diri atau rasa hebat dah dapat 8A atau 9A tu..kalau korang mintak keje guna result tu, kilang pun susah nak terima korang..:D
So rasanya aku nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat result PMR yang cemerlang dan semoga pesanan aku ini korang dapat jadikan panduan korang nanti..:D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan