SEMINAR HALUAN KERJAYA
TANJONG MAS, 30 HB. JUN 2012:
Satu seminar haluan kerjaya dan haluan ke IPTA dan IPTS diadakan di SMK Tanjong Mas dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari bertempat di Dewan Seminar dan Dewan Ibnu Khaldun SMK Tanjong Mas. Seminar ini dihadiri oleh 93 pelajar tingkatan lima. Kolej PTPL memain peranan besar dalam mendedahkan haluan kerjaya ke IPTS dan IPTA yang diterangkan oleh Pegawai Pemasaran PTPL merangkap Ketua Unit Kaunseling PTPL Puan Irham. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Tuan Haji Ali Bin Awang. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Nik Rohaida, Puan Nik Haslina, Puan Zarina, Guru Pelatih dan pekerja SMK Tanjong Mas juga banyak membantu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah motivasi, taklimat kursus, keperluan akademik untk ke menara gading dan bengkel kulinuri, grafik dan animasi. Seramai 10 orang pegawai daripada PTPL terlibat.
Program ini diharap dapat membantu pelajar SMK Tanjong Mas terutama tingkatan lima membuat semakan visi dan misi mereka menuju menara gading. Tanpa fokus kepada matlamat, perancangan menuju kejayaan dan kesungguhan tiada apa yang boleh kita kecap dikemudian hari nanti. Kejayaan adalah kerjabuat kita sendiri, kita sendiri bikin dan hasilnya kita sendiri kecapi. Pastikan anda dipuncak jaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan