Selasa, 15 Januari 2013

MINGGU ORIENTASI 2013

Apa pun orang kata, pendidiran kita sama iaitu tanpa motivasi atau semangat manusia akan layu. Manusia yang bermotivasi akan sentiasa maju dan berjaya. Ada manusia tahu memotivasikan diri sendiri. Ianya datang dari dalaman diri kerena kehendak dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu. Manusia yang tahu mengguna motivasi dalaman akan teru ke depan dan tiada yang mampu menghalang. Namun  tidak semua manusia sebegini, ada yang perlu dinasihat, dipupuk, dipujuk dan ditolak barulah berubah. Ia memerlukan motivasi luaran yang dicetuskan oleh orang lain, situasi, keadaan atau peristiwa. Manusia sebegini boleh maju dan berjaya jika selepas mendapat motivasi ia mengekalkan momentum dirinya. Manusia begini ibarat gajah yang tidur, bila bangun ia terus mengamuk. Namun ada manusia hanya bergerak jika ditolak dan layu bila ditinggalkan, Ia ibarat manusia yang mati cuma belum dikuburkan. Minggu orientasi merupakan satu teknik menggerakkan pelajar, menyedarkan potensi mereka dan memupuk budaya segar dan positif. Kita kejutkan gajah yang tidur, agar jaga dan sedar akan potensi diri dan mampu menjadi mengubah diri dan keluarga.

Hanya gambar mampu berkata-kata:

Orientasi dilaksanakan pada 01 Januari 2013 hingga 7 januari 2013. Tingkatan satu dan empat terlibat secara total.













Tiada ulasan: