Jumaat, 17 Oktober 2008

Cerita Lucu

Kerajaan Negeri Johor ingin memindahkan ramai orang gila ke sebuah pulau. Semua exco bermesyuarat bagaimana cara nak menghantar orang gila ke sana. Kalau guna kapal terbang biasa, semua kusyen akan dicabut mereka. Rosak kapalterbang. Akhirnya bersetuju menggunakan kapalterbang tentera sebab tidak ada tempat duduk.

Pada hari kejadian semua orang gila diminta masuk ke perut kapal terbang. Kapal terbang pun bergerak ke udara. Di tengah perjalanan, kapten atau pilot rasa kapal terbang bergoyang, kalau macam ini kapal terbang boleh jatuh, fikir juruterbang. Lalu ia buka kotpit dan tengok ke perut kapal terbang tempat orang gila duduk. Dilihatnya semua orang gila tengah main bola sepak kertas. Dari mana datang kertas yang digumpal jadi bola, Tuhan yang tahu. Kapten suruh orang gila berhenti, takut jatuh kapal terbang. Tapi tak diendahnya. Kapten fruss lalu masuk balik ke tempat nya. 

Selang lima minit gegaran kapal terbang lagi kuat. Ini tak boleh jadi. Lagi sekali kapten keluar dan memarahi orang gila. namun orang gila tetap tak endah. Rupanya ada seorang orang gila yang agak tidak berapa gila yang tak main bola kertas tapi hanya menonton rakannya main. Orang gila yang duduk itu menawarkan diri. Kapten bolehtak saya yang arahkan rakan-rakan saya. Kapten kata buatlah asalkan mereka berhenti main dan kapal terbang boleh jalan dengan baik. Lalu kapten masuk ke dalam kotpit. 

Bila kapten masuk, orang gila yang duduk pun bersuara. Hai rakan-rakan. Seronok ke main bola dalam kapalterbang? Semua orang gila jawab tak seronok. Sempit. Tak bebas. Lalu orang gila yang duduk pun bersuara. Rakan-rakan kalau nak seronok jom kita main bole di awan. Lalu orang gila yang duduk tadi bangun dan membuka pintu belakang kapal terbang. Seorang demi seorang orang gila melompat keluar , hingga semua keluar kecuali orang gila yang duduk. Kemudian ia tutup pintu dan duduk semula. 

Kapten kapal rasa pelek. Kapal terbang sudah stabil. Lalu dia buka pintu dan keluar untuk melihat apa yang berlaku. Dia nak tanya bagaimana sigila yang duduk itu buat. Namun bila dibuka pintu didapati semua orang gila sudah hilang. Kapten terus tanya mana pergi semua orang gila. Orang gila yang duduk buat isyarat tangan, di luar kapal terbang. Kapten terkejut.....

Tiada ulasan: