Sesi Motivasi Baik Untuk Anda
Pernahkah anda mengikuti mana-mana sesi motivasi? aku rasa ramai yang pernah pergi kan.
Biasanya dalam sesi motivasi tersebut ada tak kaunselor atau pakar motivasi itu menyuruh anda memejamkan mata, muzik latar melodi yang mententeramkan seperti bunyi air, bunyi hutan hujan khatulistiwa, menyuruh anda untuk relaks dan bertenang, kosongkan fikiran. Bila dah agak lama, barulah pakar motivasi akan bercakap sikit, kalau berkaitan ibu bapa, mereka akan bercakap pasal ibu bapa, kalau berkaitan kehidupan yang lepas, mereka akan bercakap kepada anda agar mengimbas kembali memori silam. ada tak?
Mesti ada kan. Nak lebih menarik, kaunselor tersebut akan memberikan anda sekeping kertas selepas sesi pejam mata itu. Dia akan meminta anda untuk melukiskan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran. Selepas masa yang diberikan untuk melukis telah tamat, anda diminta untuk menceritakan apa yang telah anda lukiskan.
Aku ingin bertanya kepada sesiapa yang pernah mengikuti mana-mana sesi yang hampir sama seperti itu, adakah anda benar-benar tersentuh bila kaunselor bercerita sesuatu dengan penuh perasaan? kadang kala sampai menangis, sambil diiringi muzik latar yang mendayu-dayu.
Adakah lukisan yang anda zahirkan itu benar-benar lahir dari hati dan perasaan anda?
Aku ingin bertanya kepada sesiapa yang pernah mengikuti mana-mana sesi yang hampir sama seperti itu, adakah anda benar-benar tersentuh bila kaunselor bercerita sesuatu dengan penuh perasaan? kadang kala sampai menangis, sambil diiringi muzik latar yang mendayu-dayu.
Adakah lukisan yang anda zahirkan itu benar-benar lahir dari hati dan perasaan anda?
Selama aku mengikuti mana-mana kursus dari zaman belajar sehingga dah bekerja sekarang, yang ada sesi seperti itu, aku tak pernah rasa benar-benar tersentuh pun. Aku cuba pejam mata kuat-kuat, bayangkan apa sahaja yang kaunselor tersebut suruh bayangkan, tapi tak pernah pun hati aku tersentuh. Kalau suruh bayangkan berada di tepi pantai, dengarkan angin yang menderu, benarkah anda merasai ketenangannya? aku tak rasa pun
Bila menzahirkan perasaan pada lukisan pun sama juga, aku tak tahu nak lukis apa. Tengok kiri kanan ada yang lukis pokok, ada yang lukis rumah, ada yang lukis kitaran hidupnya. Bila masuk sesi ini, aku biasanya akan melukis apa yang aku rasakan senang untuk diceritakan bila dipanggil ke depan. Adakah orang lain juga seperti aku, melukis apa je asalkan senang untuk diceritakan atau mereka benar-benar melukis sesuatu yang tergambar dalam fikiran?
Tapi kalau pergi ke sesi motivasi yang berkaitan dengan menambahkan keyakinan diri atau membentuk diri agar lebih berjaya, aku suka sikit. Lepas sesi itu aku merasakan diriku yang lemah ini akan menjadi lebih kuat dan bersemangat. Semangat itu biasanya akan masih lagi terasa seminggu selepas habis sessi.
Tapi tidak kekal lama? kenapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan