Jumaat, 27 Julai 2012

KITA BAHAGIA, MEREKA DERITA, MEREKA SAUDARA KITA

[TOUCHING] Disebalik Pembunuhan Muslim Rohingya : Koleksi Gambar Seribu Makna

Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?


Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Koleksi Gambar:- di bawah
1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.


2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.


4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.


5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.


6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.


7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.


9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.


13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .


17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.


18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.


Koleksi Gambar:-
Tiada pelindung daripada panasnya mentari. Tiada selimut
tika kesejukan membalu tubuhnya. T_T
Lelaki Rohinya sedang memeluk pengawal sempadan Bangladesh supaya
tidak menghantar keluarga mereka kembali ke Myammar T.T
Anak kecil ini masih tegar mengambil wuduk
untuk menunaikan solat. Kita?
Erti kesusahan masih boleh ditutup
dengan secebis senyuman ikhlas mereka

Doa adalah senjata orang beriman



Masih terlalu kecil untuk anak ini
memahami erti penderitaan...
Demi secebis rezeki
Keadaan di pusat pelarian




Dalam kekecamukan peperangan seseorang
 insan pasti butuhkan Tuhannya
Kanak-kanak masih lagi riang bermain di
pusat pelarian











Ya Allah, bantulah kami, bantulah kami...

















Anak kecil itu bakal menjadi pejuang
di masa hadapan...






Rumah Rohingya dibakar oleh ekstrimis Rakhine
Lagaknya seperti pejuang, namun inilah Hassasin alaf baru.
Umur setahun jagung telah membunuh berpuluh-puluh muslim Rohingya


Adakah ada simpati dalam kalangan polis sendiri?

Ratusan anak muda Rohingya ditahan tanpa sebab
Polis bersekongkol dengan Ekstrimis Rakhine sedang
membantai penduduk Rohingya tak mengira usia

Dulu janji bukan main manis, tapi apabila berjaya dilantik Ahli Parlimen,
janjinya kepada Rohingya dimungkiri



"Kamu keluar aku tembak.",laung polis itu kepada keluarga Rohingya

Masyarakat Rakhine sendiri turut terkena tempiasnya.

Perkampungan Rohingya dibakar


Menyayat hati
Gambar mayat seorang Muslim Rohingya yang telah dihumban
ke dalam air kumbahan setelah dibunuh
Kaum wanita Rakhine turut serta membantai
umat Islam Rohingya





Rakhine membawa pedang, parang, dan senjata tajam seperti buluh ke mana-mana. Katanya mahu berlindung dari keganasan Rohingya sedang Rohingya tidak dibenarkan memiliki alatan tajam walaupun pisau dapur!


Laknatullah! Megah berjalan selepas selesai
membakar perkampungan Rohingya.

Salah seorang ekstrimis Rakhine
Masjid dibakar. Ya Rasulullah, sesungguhnya umatmu
kini ditindas...


Pengawal Bangladesh ini tidak menerima pendatang Rohingya
ke negaranya. Mana belas kasihanmu???


Headshot atau diparang? Allahurabbi...
Tiada negara yang mahu menerima mereka...


Jika berdiam diri sahaja pasti akan dibakar oleh
ekstrimis Rakhine, jika keluar pula ditembak oleh polis yang bersekongkol. Dilema.


Seribu satu makna




Ekstrimis Rakhine selepas usai membakar rumah
penduduk Rohingya


Pabila masjid dan madrasah turut dijasikan sasaran
Menunggu mangsanya...Laknat kamu !!!










Sami Buddha turut terlibat dengan serangan
ke atas penduduk Rohingya
Hanya menunggu signal. Baru belasan tahun.
Rakhine+Polis vs Rohingya
Madrasah disekat, dihalang

Orang tua yang langsung tidak berdaya dipukul beramai-ramai




Sudah cukup gambar ini membuatkan air mata kita menitis. T.T

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!

Tiada ulasan: