Sabtu, 11 Ogos 2012

MISI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN

 
b. Hubungan kita dengan guru. Guru adalah manusia yang hebat, berilmu dan mereka banyak berjasa kepada kita sebagai pelajar. Guru adalah manusia biasa seperti kita yang juga ada kelemahannnya. Namun sebagai pelajar kita sepatutnya melihat kehebatan guru untuk ditiru dan dijadikan contoh bukan kelemahannya. Kita menuntut ilmu daripada mereka seharusnya mereka mendapat tempat di hati kita, pelajar. Adalah wajib mentaati guru pada perkara yang baik, seharusnya menghormati mereka sebagai manusia yang berjasa. Untuk membina hubungan yang baik dengan guru seharusnya pelajar selalu menegur guru, mendekati dan bertanya perkara berkaitan akademik bagi meningkat prestasi pelajar. Hubungan bukan sahaja di dalam kelas namun di luar kelas juga kita sentiasa menghormati dan menyanjung mereka. Melalui hubungan rapat keberkatan guru melimpah kepada pelajarnya. Hati guru dan hati pelajar bertaup rapat dan mencetus motivasi hebat dalam diri pelajar itu sendiri. Gurisan hati guru ibarat kehilangan keberkatan dan ilmu yang diajarnya turut menjauhi kita. Mari kita bina hubungan mesra agar doa guru turut membantu kejayaan pelajar.

      c. Hubungan sesama rakan. Potensi yang wujud hasil rakan bantu rakan boleh membantu pelajar berbincang dan belajar secara "team work". Bekerja berkumpulan memudahykan pemahaman dan mempercepatkan pembelajaran. Berbanding dengan bekerja seorang diri, rakan boleh membantu di tempat yang sukar dan menyokong semangat yang membara. Seharunya rakan yang dipilih adalah rakan yang positif, berhasrat cemerlang dan boleh bekerjasama. Seharusnya lebih pandai daripada kita dalam sesuatu aspek. Biar kita bertanding secara sihat dan bantu membantu. Seronoknya jika rakan studi ki8ta bersama-sama berada di menara gading bersama berbanding kita seorang berada di sana.
 

Melalui hubungan kemanusian tadi pelajar dapat satu suntikan dalam diri melalui terbinanya keyakinan diri dan kepercayaan pada diri sendiri. Ingat bahawa tida jalan mudah menuju kejayaan dan kecemerlangan.

Bersambung ..............

Tiada ulasan: