Menjadi hasrat semua manusia inginkan kejayaan. Bentuk kejayaan berbagai-bagai. Di negara cina pernah dipapar dalam akhbar, sebuah perkampungan perompak mempunyai sekolah untuk melatih anak-anak menjadi perompak. Di Israel ada kumpulan yang digelar Mossad melatih kader-kader untuk menjadi pembunuh upahan dan pengeboman. Yang pasti setiap kejayaan memerlukan satu kaedah dan usaha yang terurus, terpimpin dan strategik. Kejayaan tidak datang begitu sahaja. Kejayaan tidak datang dengan hanya menyatakan hasrat. Kejayaan tidak hadir dengan hanya menyatakan sebuah impian. Kejayaan adalah sebuah tindakan yang meliputi semua usaha gigih menghala ke arah kejayaan.
Bila kita melafaz sesuatu hasrat untuk berjaya, hasrat perlu di ubah kepada bentuk tindakan yang sangat perlu disegerakan dan berulang-ulang dipraktik dan dilatih. Ia menuntut kegigihan, komitmen dan keberterusan. Di sini kita berbicara tentang kejayaan akademik, misalnya untuk capai 8A dalam PMR atau 10A dalam SPM atau 5 prinsipal A dalam STPM. Ia adalah kombinasi kepada menggerakan segala potensi berbentuk kejiwaan dan kinestatik.
Kita berbicara dahulu tentang kejiwaan. Ia merupakan asas dan "basic" kepada sebuah kejayaan. Membentuk diri untuk menjadi seorang yang rajin dan istiqamah memerlukan hati yang bersih, tulus, jujur dan ikhlas. Untuk mendapat hati yang tulus dan ukhlas memerlukan pembinaan hubungan kita dengan Tuhan dan manusia.
1. Hubungan dengan Tuhan.
Ramai orang mahu berjaya lupa akan hubungan dirinya dengan Tuhan. Fitrah manusia memerlukan tempat bergantung harap yang dapat membantu dan menolong sewaktu kecemasan dan tersempit. Sewaktu begini kita memerlukan Tuhan yang membantu. Bantuan daripada Tuhan tidak boleh dengan hanya kita memohon sewaktu kita tersempit, pengharapan dengan Tuhan memerlukan hubungan awal dan berterusan. Hubungan dengan Tuhan
hanya dapat dipupuk melalui kaedah yang sudah ditetapkan Tuhan, peraturan Tuhan iaitu melalui memperhambakan diri dengannya. Melalui solat lima waktu , zikir, sedekah , amar makruf, nahi mungkar dan sebagainya dengan sepnuh ikhlas dan penuh kejujuran bagi seorang islam. Begitu juga dengan agama yang lain. Bila kita membulat hati bahawa Tuhan sahaja yang mampu membantu, dan memang boleh membantu, kita akan menjadi lebih yakin dan berani untuk menjana kejayaan dengan penuh tanggung jawab dan keikhlasan.
2. Hubungan dengan manusia.
Ramai orang lalai dalam membina hubungan dengan manusia menjadikan mereka ego dan keras hati. Untuk membentuk hati yang jujur dan ikhlas ke arah kejayaan kita perlu memupuk hubungan dengan ibubapa sebagai prioriti dalam hidup, begitu juga dengan guru-guru yang banyak menabur jasa selama ini dan rakan-rakan positif yang mencetus pertandingan sihat serta bantu membantu. Kita hidup dalam sebuah masyarakat, setiap yang berlaku menyentuh hati nurani kita. Setiap sentuhan hati nurani mampu mencorak arah mana haluan kita, arah tujuan kita dan fokus kita.
a. Hubungan kita dengan ibubapa banyak mencorak haluan diri kita. Kita memrlukan sokongan mereka, restu mereka dan doa mereka. Untuk itu kita tidak mampu derhaka kepada mereka. jangan jadi anak yang derhaka. Agama kita mengajar kita agar sentiasa menghormati dan menyayangi serta menyantuni mereka. Syurga di bawah tapak kaki mereka. Kalau syurga di bawah tapak kaki mereka, tidak mungkin masa depan kita juga ada hubungkait dengan restu mereka. Oleh itu kejayaan sebenar bermula dengan kita menjadi anak yang soleh yang tidak sekali-kali menyakiti, menitis air mata seorang yang bernama ibubapa.
Bersambung seterusnya.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan