•
JATI DIRI – Konsep PEMANTAPAN diri iaitu kembali kepada diri yang
sebenar, yang suci dan murni dan mempunyai kekuatan jiwa.
•
PRINSIP JATI DIRI
•
1. Amanah
•
Pelajar yang cemerlang boleh
dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar,
tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain.
Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.
•
2. Bijak
•
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta
sumber-sumber di sekeliling. Ia menggunakan masa hidupnya dengan
sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang
ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia
cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
•
3. Cergas
•
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan
emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani.
Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya
aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat,
dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam
aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
•
4. Dedikasi
•
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited
dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan
dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan
penuh tanggungjawab dan iltizam untuk mencapai hasil yang terbaik.
•
5. Elok
•
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan
perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi.
Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka
yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak
diberkati Tuhan.
•
6. Faham
•
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap.
Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan
mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat
kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar,
dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
•
7. Gigih
•
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat
dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya pandai dan mudah
menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya
•
8. Hasrat
•
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu
hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk
mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk
berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
•
9. Iman
•
Pelajar yang cemerlang taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai
kejayaan selaras dengan norma-norma hidup iaitu mengamalkan apa yang disuruh
dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa,
pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan
amalan yang harus diikuti.
·
10. Ilmu
•
Pelajar yang berilmu sentiasa berdisiplin, teratur, bercakap bila
perlu, sentiasa bekerjasama, membantu
dan menolong orang lain. Mereka sentiasa bersemangat, cintai ilmu dan sentiasa
memburu kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan